Pelancong India tidak pulang Hubungan_Malaysia_-_India

Pada 12 Januari 2010, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak mendedahkan seramai 39,046 warganegara India ‘hilang’ di Malaysia selepas visa pelancongan mereka tamat tempoh. Maka Jasbatan Imigresen tidak lagi mengeluarkan visa waktu ketibaan kepada warganegara India kerana kemudahan itu telah disalahgunakan, terutamanya mereka dari Chennai. Mereka bekerja di restoran-restoran dan tidak pulang ke India. Mereka turut bekerja sebagai sami dan tukang gunting rambut. Pelancong dari Bangalore, Mumbai dan Delhi tidak melakukan kesalahan tersebut.[6]